‘Chin Peng was just a tool for the Chinese Communist Party. Banning Chin Peng from returning to Malaysia is not enough to punish the Chinese government. Let's severe diplomatic ties.'
One of the commentary below;
NK Khoo: It's true many victims suffered during the communist insurgency. But without the support of the Chinese Communist Party, CPM could not have survived for four decades.
Chin Peng was just a tool for the Chinese Communist Party. Banning Chin Peng from returning to Malaysia is not enough to punish the Chinese government.
Let's severe diplomatic ties with China to make it more appropriate and to make our ex-soldiers happy.
PM Najib should cancel his visit to China next week to show the rakyat that Malaysia is serious about its past history.
How about the war crimes the Japanese committed against the people of Malaya during WW II? Did they kill less people than the communists?
Maybe only Chinese were killed by the Japanese army and the emperor of Japan is still welcome to visit Malaysia as a VIP guest.
The Malaysian BN government is hypocritical not unlike the local newspapers and politicians as they are all afraid of exposing the truth.
Nevertheless, the history telling itself on communist perspective here in Malaysia. What say u?
Sunday, May 31, 2009
Saturday, May 30, 2009
Chin Peng, Kewajaran Membawa Beliau Kembali?

Rentetan peristiwa permintaan membawa masuk Chin Peng semula ke negara ini menimbulkan pelbagai pandangan sama ada yang merisaukan atau sikap terbuka yang tidak kisah jika pemimpin komunis itu kembali ke tanah air Malaysia.
Chin Peng sudah masuk ke dalam sejarah Malaysia tapi semestinya ia memahatkan fakta negatif apatah lagi rakyat negara ini lebih ditampal dengan sentimen keganasan dan kengerian yang dibawa komunis di bawah kepimpinan Chin Peng.
Memang betul, saya mendengar pendapat bahawa kemasukan beliau lebih kepada 'membuka kembali luka yang tercalit'. Tanya saja rakyat Malaysia khususnya mereka yang berumur 50 tahun ke atas, adakah anda tidak merasai pahit bermaharajakan komunis? Tunggu saja jawapan mereka, kalau anda bernasib baik, tiada lebam atau pecah hidung di muka.
Apakah fakta mengenai Chin Peng ini?
Mengikut catatan Wikipedia...
Chin Peng (lahir 21 Oktober 1924) ialah nama samaran Ong Boon Hwa, ketua Parti Komunis Malaya. Bukan berasal dari China sebagaimana sangkaan ramai, Chin Peng adalah seorang Cina Kantonis yang dilahirkan di sebuah kedai kecil dua tingkat menjual basikal , di No. 36, Jalan Kampung Koh, Sitiawan yang terletaknya 50 kilometer dari barat daya bandar Ipoh, Perak.
Beliau merupakan anak kedua daripada enam beradik yang hidup dalam kemiskinan. Ayahnya datang dari negara China dan kecewa akibat kemelesetan ekonomi 1930.
Semasa kecil Chin Peng minat sekali membaca bahan-bahan media cetak dan menyoroti perkembangan di negara China. Ketika itu berlaku pertikaian antara Chiang Kai Shek dan Mao Zedong. Tentera Jepun pula merampas Manchuria dan menguasai pedalaman China. Negara China merupakan tanah kelahiran bapa dan nenek moyangnya di kawasan Kwantung.
Semasa berumur 15 tahun, Chin Peng mempunyai perasaan yang dekat dengan nasionalis berpendidikan barat Ching Kai Shek yang menguasai kawasan selatan China dan Taiwan. Tapi buku kecil 'On Protacted War' karangan Mao Zedong mengubah pendiriannya kepada aliran komunisme. Tekadnya jelas untuk menentang Jepun yang kemudian menyerang Tanah Melayu tahun 1941.
Pada tahun 1940, beliau diterima untuk menyertai Parti Komunis Malaya iaitu satu cabang Parti Komunis China di seberang laut. Dia turut menyertai Force 136, satu pasukan bersenjata yang ditubuhkan oleh perisik British bagi menentang Jepun di Tanah Melayu. Ketika itu umurnya baru sahaja 18 tahun.
Chin Peng memimpin MPAJA atau Malayan People Anti Japanese Army, sebuah pasukan gerila bagi menentang Jepun. Tentera British (Pasukan Special Air Services dan MI6) yang diterjunkan di hutan Perak, telah memberi pelbagai senjata, kewangan, latihan dan pelbagai peralatan lain bagi memperlengkapkan Force 136 dan MPAJA. Tentera MPAJA pernah menyerang tentera Jepun di Sungai Perak berhampiran dengan tebing Pasir Salak pada tahun 1942.
Selepas Perang Dunia II, beberapa pihak yang berfahaman radikal dalam MPAJA telah bertindak keluar hutan untuk membunuh dan menyeksa mereka yang bersubahat dengan tentera Jepun dan tali barut British. Mereka turut membunuh pemimpin tempatan seperti para Penghulu dan para Imam kampung sebagai taktik memantapkan penguasaan mereka. Selain itu, puak radikal dalam MPAJA turut cuba merampas pentakbiran terutamanya di bahagian selatan Tanah Melayu. Tindakan puak yang didakwa radikal tidak pernah disekat oleh MPAJA.
Ini kemungkinannya MPAJA sebenarnya sedang menilai kejayaan tindakan sedemikian. Membiarkan tindakan ahlinya bermaharajalela membunuh dan menyeksa penduduk sekali gus menunjukkan tindakan tersebut mendapat sokongan tersembunyi dari para pemimpin MPAJA.
Tindakan puak radikal dalam MPAJA ini telah menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu yang bangkit untuk menentang pihak komunis di bawah beberapa pemimpin seperti Panglima Salleh Selempang Merah. Akibat daripada tindak balas orang Melayu ini, Parti Komunis Malaya gagal merampas kuasa malah terpaksa meminta campur tangan Tunku agar mententeramkan orang-orang Melayu yang bangkit ketika itu.
Malah ada beberapa fakta yang menunjukkan bahawa beberapa pihak di dalam kelompok Melayu elit yang telah menghasut dan membangkitkan isu perkauman Cina/Melayu dalam usaha mereka mengekalkan kekuasaan mereka [perlu petikan]. Kelompok Melayu elit ini rata-rata amat mengharapkan agar pihak British akan datang kembali dan seterusnya membolehkan mereka bertapak kukuh di dalam urusan politik tempatan.
Malah pihak-pihak ini juga menghasut agar beberapa individu dan pertubuhan dilabelkan sebagai puak kiri dan kemudiannya berjaya mengharamkan pertubuhan tersebut dan menangkap pemimpin-pemimpin dan ahli-ahlinya.
Kembalinya British dengan pentadbiran tenteranya (BMA) dalam tempoh yang singkat menyebabkan pihak Bintang Tiga tidak berjaya mengembangkan pengaruh mereka. Akibat kegagalan Bintang Tiga merampas Tanah Melayu dengan gerakan bersenjata, telah membawa kepada persetujuan pembubaran tentera MPAJA dan perletakan senjata api disamping pembayaran saguhati kepada gerila-gerila terbabit.
Atas jasanya terhadap perjuangan penentangan pendudukan Jepun, Chin Peng dijemput ke London untuk menerima medal 'Order of the British Empire ' kerana sumbangannya yang besar memimpin MPAJA dan Force 136 menentang Jepun. Tapi tekadnya untuk menubuhkan kerajaan komunis di Tanah Melayu dan menyingkirkan British dan akhirnya memerdekakan Malaya semakin membuak-buak selepas itu. Suasana aman dan maju di kota London meningkatkan azamnya untuk berjuang di dalam hutan Tanah Melayu.
Ketika berumur 23 tahun, Chin Peng dilantik sebagai Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya menggantikan Lai Tek yang telah dibunuhnya di Thailand. Lai Tek adalah perisik tiga mata yang telah belot dan melarikan wang Parti Komunis Malaya .
Di bawah pimpinannya Parti Komunis Malaya semakin agresif dan militan dengan menyerang ladang-ladang, gudang getah, rumah asap dan rumah pengurus milik orang British di Tanah Melayu. Lantaran itu ahli PKM semakin menyanjung keberanian dan wawasan Chin Peng. Taktik ini membawa padah kepada Parti Komunis Malaya kerana tidak langsung diterima di kalangan orang Melayu.
Parti Komunis Malaya juga tidak mengamalkan athiesme. Walaupun prinsip utama komunisme yang ditulis oleh Karl Marx tidak mempercayai tuhan dan menyatakan bahawa agama itu adalah candu manusia, namun apa yang berlaku di Tanah Melayu pada waktu itu ialah mereka mengamalkan prinsip keagamaan seperti mana yang kita dapat lihat dalam salah seorang tokoh PKM iaitu Rashid Maidin, Abdullah C.D dan Suraini Abdullah.
Mereka tetap mendirikan solat lima waktu seperti mana yang dituntut oleh agama Islam walaupun di dalam hutan semasa perjuangan. Mereka juga telah menunaikan ibadah haji. Sememangnya Rashid Maidin adalah seorang yang warak dan berilmu agama yang tinggi malah beliau juga mengajar cucunya dan beberapa budak-budak kampung membaca Al Quran dan Tajwid.
Ketika darurat, British dengan kerjasama golongan Melayu elit dengan melancarkan perang saraf iaitu propaganda melalui media massa untuk mempengaruhi fikiran orang-orang Melayu supaya mereka yakin bahawa Parti Komunis Malaya itu kejam dan tidak sesuai diikuti. Pengalaman orang-orang Melayu selepas Perang Dunia II dan taktik komunis yang membunuh beratus-ratus rakyat yang tidak berdosa menyebabkan kebanyakannya orang Melayu menolak cara ganas komunis.
Perjuangan bangsa Melayu untuk mendapatkan kemerdekaan tanpa pertumpahan darah tidak disenangi komunis yang inginkan kuasa politik jatuh ke tangan mereka dengan cara menggunakan keganasan dan menanam rasa takut kepada rakyat amnya. Perjuangan komunis tidak boleh dianggap sebagai perjuangan untuk kemerdekaan kerana mereka hanya berjuang untuk kepentingan PKM dan bukan untuk kemerdekaan Malaya. Ini terbukti apabila mereka tetap meneruskan taktik ganas mereka walaupun selepas Malaysia mencapai kemerdekaan. Kemerdekaan terbukti boleh dicapai bukan dengan perjuangan pertumpahan darah dengan sia-sia tetapi dengan rundingan damai yang lebih berfaedah dan bermanfaat untuk semua pihak.
Akibat kesukaran dan kekurangan sokongan dari masyarakat, pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng telah meminta perundingan diadakan pada tahun 1955. Rundingan Baling diadakan di Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Putera, Baling pada tahun 1955. Tunku Abdul Rahman yang mendapati Chin Peng enggan menerima syarat pembubaran PKM dan enggan menyertai pilihan raya melalui parti lain sebagai syarat pengampunan, bertindak menolak tuntutan PKM agar dibenarkan bergerak sebagai sebuah parti politik yang sah.
Dengan keengganan Parti Komunis Malaya berdamai, Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka tanpa Parti Komunis Malaya. Parti Komunis Malaya yang lemah diasak semakin jauh ke dalam hutan sehinggakan kadang-kala tersingkir keluar dari Malaysia khususnya di sempadan Malaysia-Thailand.
Setelah keruntuhan komunis di Rusia dan runtuhnya Tembok Berlin di Jerman Timur tahun 1989, PKM semakin goyah. Satu perjanjian damai antara Kerajaan Malaysia, Kerajaan Thailand dengan Parti Komunis Malaysia telah ditandatangani di Haadyai pada 1989. Perjanjian ini dikenali sebagai Perjanjian Haadyai.
Selepas 1989, tiada ada lagi perjuangan bersenjata . Ahli PKM diterima sebagai warganegara Malaysia dan boleh kembali ke Malaysia. Walau bagaimanapun, pemimpin utama seperti Chin Peng dan Rashid Maidin hanya dibenarkan menetap di sebuah perkampung khas di Yala, Thailand.
Penolakan kepada Chin Peng banyak bergantung kepada fahaman Melayu yang mengikut kekuatan Islamnya yang sedikit sebanyak menolak kekomunisme dibawa dari idea Karl Max ini.
Pastinya, idea komunisme tidak diperlukan di negara ini walau sebanyak mana pun ia diperdebatkan.
Sama rakyat negara ini menerima Chin Peng atau tidak mungkin agak jelas namun mengapa masih ada yang mahukan Chin Peng dimasukkan kembali ke negara ini, adakah idea komunis sudah menular di Malaysia?
The Beginning

The region now known as Malaysia was first mentioned in Chinese and Sanskrit records of the seventh and eighth centuries.
In subsequent centuries the area was under the influence and loose control of various Thai and Indonesian empires, including the great Sumatra-based civilization of Sri Vijaya.
This was followed in the 14th century by the Majapahit empire based in Java. Sri Vijaya and Majapahit, Bhuddist and Hindu respectively, both left a mark on the peninsula. But even by the 14th century, Islam – already well established in parts of India – was steadily spreading eastwards through the substantial trade between India and Malaya.
The first Muslim empire in Malaya, based on the trading port of Malacca on the western side of the peninsula, was formed under the rule of King Parameswara in the first quarter of the 15th century. Early in the 16th century, the Portuguese moved in and, after capturing Malacca, established a number of fortified bases in the region.
Sultan Mahmud, the ruler of Malacca at the time, was unable to recapture it immediately. However, his successors - who had moved to Johore on the southern tip of the Malay Peninsula - noted the arrival of the Dutch in the region at the end of the century and formed an alliance with them to expel the Portuguese in 1641. Over the next century and a half, the Dutch steadily expanded throughout the region until the Dutch East Indies became the heart of a most prosperous colonial trading operation.

Coming at the end of the 18th century, the British were relatively late arrivals to the region, but they were to play a key role following the European wars of the 1790s and, in particular, the defeat of The Netherlands by France in 1795.
Rather than hand them over to the French, the Dutch passed control of some of their most valuable resources to the British in what became a series of exchanges. Gradually, during the 19th century, the British took control of the peninsula using economic pressure (particularly their monopoly of the tin trade) rather than outright military force: local rulers were permitted substantial internal autonomy provided that they posed no threat to British interests.
The Federated Malay States were created as an entity in 1895, and remained under British colonial control until the Japanese invasion of 1942. After the defeat of Japan in 1945, the 11 states were once again incorporated as British Protectorates and, in 1948, became the Federation of Malaya. In the same year, communist guerrillas – the bulk of whom were ethnic Chinese – launched an armed struggle aimed at establishing an independent socialist state.
‘The Emergency’, as the colonial authorities dubbed it, lasted formally until 1960. However, the serious fighting was over by the mid-1950s and, in 1957, Britain proceeded with its plan to grant independence to the Federation of Malaya.
Subscribe to:
Comments (Atom)